Thursday, February 19, 2009

Terung bulat,terung panjang..

Hari ni Jumaat...

Akak menyuruh adik ke kedai beli terung sebab nak buat paceri..tengok kat blog masak waterlily tadi sungguh mengancam oo....

Tapi dia beli terung bulat bukan terung panjang,akak tanya kenapa tak ambik terung panjang..dia jawap sebab mak tulis kat kertas 4 biji ,jadi adik ambik yang bulat laa. Kalau mak nak terung panjang mesti tulis 4 batang!!!

Menganga mulut akak dengar penjelasan dia ni...lurus bendul macam pembaris..ambik kata kata Lyana Mauseth....

So layan je laa....lauk hari ni..



Sambal lagi....arghhhhh!!!

8 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ezzah,
Pandai anak emak, ikut ajaran Cg BM, tajuk Penjodoh Bilangan.

hazila said...

Salam kenal Kak Ezzah, first time masuk sini. Saya suka makan pajeri terung. Dah beberapa kali tertangguh sampai terung pun dah kecut. nanti saya link blog akak kat blog saya ye....

Waterlily said...

Hahahhaaa...betul jugak tu ye. I never thought of it that way, tapi kalau dah ada dua jenis terung..kena lah dia apply penjodoh bilangan! hahahaa...

hanieliza said...

salam kenalan..
kkliza first time masuk sini..
n kakliza pun peminat terung ..tak kira masak apa..esp. masak pejeri mmg asyik masyuk la kalau makan...

tapi terung bulat lebih sedap buat kari..berbanding ngan pajeri..
tapi kalau takder yg panjang..yg bulat pun orait juga...

kiranya anak emak mmg bijak menangani masalah yg dialami..

Lee said...

Hi Ezza Aziz, alamak, terok la saya datang sini. Tengok gambar your fantastic gourmet cooking...perut saya pun da lapar.
Buat saya rindu makanan ni.
Ada lagi ke?
Nanti, saya duduk bus datang, ha ha. Lee.

Zue Murphy said...

Lapar la pulak tengok ikan masak pedas tu. Ada terung lagi dan sayur. Lalala...best nya lauk pauk Kak Ezza.

O'Sea said...

Salam Perkenalan Kak Ezza.

Jenguk la blog I boleh berkongsi-kongsi idea... Join our club...KLUB SURI RUMAH. Klik la nama LOY ni.. Kay!

O'Sea said...

Salam Kak Ezza

Visit my blog: Click my name LOY (as above)... Mungkin ada "sesuatu" yang sesuai untuk you di sana.

Byk yg bermanfaat dlm blog you ni. Keep it up!

TQ.

Labels