Wednesday, January 28, 2009

Ayam masak Merah


Ayam potong 16 -cuci bersih dan garam kunyit kan,goreng 3/4 masak.

cili kering di potong dan di rebus hg lembut. Kisar halus.

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Serai 3 batang di titik

1/2 botol kecil sos tomato

2 sudu besar susu pekat

sedikit madu.

Monday, January 26, 2009

salam semua,

Ini antara juadah untuk jamuan majlis pertunangan anak akak tempoh hari..Semua nya di masak oleh Kak Norlia,biras sulung akak di rumah nya..



di bantu oleh biras biras yang lain....


Terima kasih semua...



Popodum

kerabu kacang botl dan daun selom
Jelatah nanas dan timun
ayam masak merah
Korma Daging
Gulai Nanas dan ikan masin
Ulam petai.jering dan daun selom. Ikan masin bulu ayam

ada sambal nelacan dan sambal tempoyak tapi tak kelihatan dalam gambar
karipap

apam comel


talam berlauk


kole kacang dan kueh badak
kueh pelita

Monday, January 12, 2009

Barbeque di rumah Azimah/Bakri..






Hari sabtu lepas ada lah hari yang sibuk.. Abang pagi2 lagi dah ke rumah ketua kampung untuk rewang. Ada sekor lembu tumbang untuk kenduri kawin anak ketua kampung ni...

Azimah ada hantar mesej Jumaat lepas menjemput kami ke rumah nya kerana dia mengada kan majlis hari jadi ibu nya yang ke 70 pada malam minggu itu...

Nak pergi bang...kita ada rewang ni dan pukul 11.30 malam awak ada RT. Ikut awak lah kata abang...so kena sqeeze sikit masa kat sana sini la nampak nya...ok lah kita pergi tak tak usah lama lama..awak ada RT ni...

Akak arah anak anak supaya bersiap awal kerana lepas maghrib kami akan bertolak. Zira tak dapat ikut kerana ada laporan yang dia kena siap kan. Mira ,Hani mimi dan yaya ikut sekali..

Walau pun kami dah berkali kali pergi ke rumah Azimah ni,tapi masih sesat lagi.

Bang apasal masa ari tu saya tak nampak pulak Hospital ni?

Eh,macamna pulak ada masjid besar pulak kat sini..ari tu mana ada bang...

Entah laa...nasib baik jumpa stesen komuter ni...itu la landmark dia...

Sampai di sana ,adik beradik Azimah dah ramai ada...ibu dia yang kami panggil Makcik Esah pun ada..entah lah..mata akak ni nampak makcik Esah ni macam dulu jugak!!!tak tua tua pun...

Seperti biasa Azimah ni paling suka western food,so malam tu semua main bakar bakar jer..sedap tau! Ada daging bakar.ayam bakar,jagung bakar,terung cili benggala bakar...bake potatoes lagik..salad dengan 2 jenis dressing..buah buahan..ada satu buah ni akak tak pernah makan,
apa name nya tak tau nak sebut..main kunyah jer rupa rupa nya Persimmon...patut la lain..mana pernah beli punnn....selalu nampak buah ni kat supermarket...macam ni rasa nya....

Lihat la gambar gambar yang sempat diambil malam tu sebelum kamera battery kong!!


Sunday, January 11, 2009

Menu hari ini,Gulai lemak udang dengan pucuk paku.






Masak Lemak Udang dengan Pucuk Paku.

Hari isnin akak pergi pasar..sia sia saja..

Ikan tak ada dan ksong jer.

Ayam pun dah habis..yang tinggal ayam pencen....

Akak ajak abang pi Econsave, ada jugak ikan ni...

Akak nampak pucuk paku..segar segar lagi...akak ambil 4 ikat..

Beli udang 1.3 kg...dah tau apa nak masak nii...

Tgk ikan..ada cencaru ni...ambik je laa..goreng jer dan buat air asam...

So lauk yang ratu tu ialah seperti gambar di atas.

Friday, January 2, 2009

AYAM KUALA

resepi Chef Wan di Astro AFC rancangan Selera Asean
Masakan ni macam kari ayam tapi rasa nya lain dan harum bau nya. Anak akak kata sedap dan lain dari kari .


1 ekor ayam potong 12.

bawang merah 10 biji-blend

bawang putih 4 biji-blend

halia 2 inci-blend

cili merah 4 biji-hiris

cili hijau 4 biji -hiris

daun ketumbar di hiris

serbuk kari..dalam 4 sudu makan

tomato 4 biji atau lebih- di dadu

bawang besar di hiris

Susu masam /yorgut 125 ml(akak tak da stok so akak guna kan susu masam buatan sendiri...pasal tu lah dia berkuah...kalau pakai yorgut maybe less watery)

minyak menumis.

Cara memasak:

Masuk kan semua bahan bahan dan perap sebentar dalam peti ais.

Panas minyak daan masuk kan ayam yang telah di perap itu.

Kacau balik kan dan dan tutup kuali dan kecil kan api.

Masak hingga kering air kuah nya dan rasa garam nya.

Bila ayam sudah masak dan kuah nya hampir pekat..tutup api.

Hidang kan...

Udang Tanjung


p/s resepi akak dari TV,tak sempat nak buat lagi....


Udang Tanjung


1 kg Udang besar-di goreng hingga masak

bawang merah-5 ulas di hiris

bawang putih = 4 ulas di hiris

cili merah 4 batang di hiris

cili hijau 4 batang di hiris

serai -3 batang di hiris

halia -1 inci di hiris

kari ayam---2 sudu besr

daun kari -3 helai

cuka -2 sudu makan

garam

gula

telur -2 biji

minyak

Labels