Hari sabtu lepas ada lah hari yang sibuk.. Abang pagi2 lagi dah ke rumah ketua kampung untuk rewang. Ada sekor lembu tumbang untuk kenduri kawin anak ketua kampung ni...
Azimah ada hantar mesej Jumaat lepas menjemput kami ke rumah nya kerana dia mengada kan majlis hari jadi ibu nya yang ke 70 pada malam minggu itu...
Nak pergi bang...kita ada rewang ni dan pukul 11.30 malam awak ada RT. Ikut awak lah kata abang...so kena sqeeze sikit masa kat sana sini la nampak nya...ok lah kita pergi tak tak usah lama lama..awak ada RT ni...
Akak arah anak anak supaya bersiap awal kerana lepas maghrib kami akan bertolak. Zira tak dapat ikut kerana ada laporan yang dia kena siap kan. Mira ,Hani mimi dan yaya ikut sekali..
Walau pun kami dah berkali kali pergi ke rumah Azimah ni,tapi masih sesat lagi.
Bang apasal masa ari tu saya tak nampak pulak Hospital ni?
Eh,macamna pulak ada masjid besar pulak kat sini..ari tu mana ada bang...
Entah laa...nasib baik jumpa stesen komuter ni...itu la landmark dia...
Sampai di sana ,adik beradik Azimah dah ramai ada...ibu dia yang kami panggil Makcik Esah pun ada..entah lah..mata akak ni nampak makcik Esah ni macam dulu jugak!!!tak tua tua pun...
Seperti biasa Azimah ni paling suka western food,so malam tu semua main bakar bakar jer..sedap tau! Ada daging bakar.ayam bakar,jagung bakar,terung cili benggala bakar...bake potatoes lagik..salad dengan 2 jenis dressing..buah buahan..ada satu buah ni akak tak pernah makan,
apa name nya tak tau nak sebut..main kunyah jer rupa rupa nya Persimmon...patut la lain..mana pernah beli punnn....selalu nampak buah ni kat supermarket...macam ni rasa nya....
Lihat la gambar gambar yang sempat diambil malam tu sebelum kamera battery kong!!
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago
3 comments:
kak zah, dalam gambar tu mak saya macam bukan 70 je kan....lepas dia pakai bedak...he he...
Interesting grill. DIY ke?
hi Zue Murphy, saya 'Jingga'...saudara kepada kak ezza. ya itu DIY bbq pot...
Post a Comment