CornBeef
Saya tak pernah beli atau makan cornbeef. Saya tak tau macam mana nak masak dan tak tak tau kat sapa nak tanya. Bila baca bolg Tunku Halim malam tadi,baru lah saya tau macamana nak masak bende ni. Dan ada berbagai versi cara masakan nya. Sekarang ni kalau nak pergi supermarket untuk penuh kan stok dapur,saya pasti akan membeli setin dua cornbeef ni selain sardin. Cuba la pulak bende bende yang lain...Resepi di bawah ni saya ambil dengan izin Tunku Halim...saya serta kan gambar nya sekali. Thank Tunku!
Fry chopped up garlic (2 cloves) in a 1 tablespoon of oil in a frying pan for 30 seconds. Add chopped onions (1 onion) for 2 minutes. Put in contents of 1 can of corned beef and fry for 2 minutes until soft. I added chopped up tomatoes and spring onions as I had these handy. I would have added in sliced chillies but my children can’t take spicy food yet. Break two eggs (do not break up the eggs but keep them whole) into the mixture. Cook on medium heat for 3-4 minutes until eggs are cooked. Add pepper and salt. Serve with rice or toast.
Wednesday, November 5, 2008
Saturday, August 30, 2008
RENDANG DAGING MINANG
Sabtu tadi aku ke Rawang kerana Mak Usu membuat kenduri tahlil dan cukur jambul cucu nya.
Antara menu nya ialah rendang daging yang telah menjadi hidangan wajib bagi keluarga sebelah Mak ku. Tapi aku rasa rendang daging lah yang paling sedap diantara adik beradik nya.
Bahan2 nya:-
2 kilo daging pejal- potong kiub
500 gm bawang kecil*
1 labu bawang puteh*
4 inci halia*
8 inci lengkuas*
2.00 cili kering-di rendam dengan air panas*
1.00 cili api*
1.00 cili merah*
15 batang serai*
*di mesin halus
1 biji kelapa parut,di sangai hingga perang dan di mesin kering(kerisik)
2 kilo santan pekat
Daun Kunyit di siat siat
Cara:-
Daging di cuci bersih dan masuk kan dalam kuali bersama bahan yang tekah di mesin halus tadi.
Bila mendidih ,kecil kan api biar kan mereneh perlahan. Masak daging tak boleh dengan api yang kuat kerana daging akan menjadi liat.
Bila air daging telah kering dan empok baru masuk kan santan. Tambah sedikit air panas jika perlu.
Biar kan masak perlahan lahan. Masuk kan daun kunyit.
Kacau agar tidak melekat di kuali.
bila agak kering masuk kan kerisik.
Rasa lah garam nya.
Terpulang la kalau anda hendak kan yang kering atau basah sedikit.
Hidang kan bersama nasi panas,ketupat atau roti.