Rabu...
hari ni untuk lunch,akak goreng mee saja..sebenar nya masa tengahari..tak ramai ada kat rumah ni..ada yang sekolah petang ada yang kerja balik petang..
Selalu nya akak makan apa yang balance semalam punya..atau buat nasi atau mee goreng.
Petang nanti baru akak masak untuk dinner...
Yang ni akak goreng pukul 10.30 pg tadi..2 bungkus mee..
Tuesday, April 7, 2009
malam minggu yang lembab....
salam semua...
Anak anak sibuk ajak keluar..tapi hujan pulak..kemain lah lebat..
Bila dah naik van..tanya nak kemana..tak tau kata diorang..tapi lapar lah bah...
Emm..pi makan satay laa..
Kat mana bah..satay kajang ker...
Tak payah..pi kat satay Sijangkang...hhahahaha Tapai ubi
DH in action..
selain ada satay..ada nasi lemak kukus..sambal dia sedap..ada laksa , mee kari, soto mee jawa ...murah je..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yang ni Isnin..kat Syed Bistro..Shah Alam
yang tukang order nya mak oii..kemain la canggih...
dah tak pakai pen dan kertas dah..pakai PDA la pulak...
inagt kan dah moden cepat le teh sampai...
hmm macam siput gakkkk.........
roti telur mimi punya....
yang ni tgh layan rokok..hisshhlicin roti telur ni..ko lapar sangat ke dek(mira)
mimi...asyik nak ambik gambar jer....
have a nice day!
Saturday, April 4, 2009
Masak Tempoyak Pucuk Kayu(pucuk ubi)
Masakan ni akak belajar dari jiran akak yang berketurunan Jawa yang suami nya orang Masjid Tanah Melaka. Ni fav suami dia dan dia terpaksa belajar dari mak mertua nya...
Akak pun pada mula nya tak pernah makan lauk ni..bila dia bagi sepiring..mula lah akak mintak 2 piring pulak..lama lama kena lah belajar ..nanti marah pulak orang ..betul tak?
Bahan bahan nya...
2 ikat pucuk ubi.ambil pucuk saja yer dan daun yang lembut..
apa apa pucuk boleh di tambah..janji boleh makan..kalau tak da..memadai lah pucuk ubi saja.
1 tangkai bunga kantan
2 helai daun kunyit
2 batang serai
(semua di atas hendak lah di hiris..termasuk daun pucuk ubi tu.
2 atau 3 papan petai..buang kulit biji nya
segenggam ikan bilis,boleh di guna kan udang juga..
4 biji cili hijau )
2 biji cili merah ) di belah jangan putus
10 atau 15 biji cili api..boleh di kurang kan atau di tambah)
kunyit hidup )di tumbuk halus atau di kisar
2 ringgit tempoyak..lebih kurang 3-4 camca makan tempoyak..ikut suka la....
santan pekat secukup nya.
panas kan periuk..masuk kan cili yang di mesin tadi,segala pucuk daun tadi,bunga kantan, petai ,serai yang di hiris tadi,daun kunyit,ikan bilis serta separuh santan tadi.
Bila mendidih..kecil kan api..kacau selalu agar tak pecah minyak...
Bila nampak pucuk daun daun tadi dah layu, masuk kan tempoyak yang telah di campur dengan sedikit air panas..Jangan lupa di kacau lagi...
Masuk kan pulak lebihan santan tadi dan cili merah dan hijau.
masak perlahan hingga naik minyak dan pekat.
Rasa lah garam nya.
Masakan ini lagi sedap kalau selalu di perhangat kan ....
Selamat mencuba....
Wednesday, April 1, 2009
Acar ikan bersantan
Acar Ikan bersantan.
1 kg ikan tenggiri-potong dan cuci bersih-garam kunyit dan di goreng
3 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1" halia - di hiris
1 sudu kecil biji sawi
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
1 kotak santan
2 atau 3 cawan air
1 batang serai - di titik
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2-3 sudu cuka
garam dan gula.
Cara:
Panas kan minyak,tumis kan bahan yang di hiris ,kayu manis bunga lawang dan serai dan biji sawi.
bila naik bau..masuk kan santan dan air..letak kan sedikit serbuk kunyit.
Bila mendidih masuk kan garam,gula dan cuka. Rasa kuah nya...
Masuk kan ikan dan cili...masak sebentar dan tutup api.
----------------------------------------------------------------------------------------------
yang ni bila malas masak punya kes...
goreng ikan bilis,bawang besar dan cili api...
Makan dengan nasi panas panas,tapi baik baik jangan jadi macam makcik ni..tergigit cili api..rasa nya keluar asap kat telinga...masuk bilik air dok nganga mulut kat shower tu...lupa pulak makcik ni nak makan gula....petua tu bila tergigit cili podeh berapi...
Sunday, March 29, 2009
Kari Daging berkentang
Jumaat lepas akak masak kari daging lembu. Rasa nya dah lama tak masak daging ni..ingat kan nak buat rendang saja tapi bila fikir kan lambat sangat nak masak tu,akak tukar fikiran lah..Kari ni akak letak sekali kentang...
Thursday, March 26, 2009
Cucur udang
Salam semua...
Petang rabu akak dan abang pergi ke pasar malam berhampiran,konon nya nak membeli ikan dan sayur..
Tapi balik dengan membawa selonggok udang baru size 's' jer..harga rm5.00 sepinggan. Nak buat cucur udang ler...dah lama mengidam nak buat...
Ikan tak jadi beli..punya lah mahal dek non! Ikan tenggiri sekilo 19 ringgit,pari 17 ringgit..kalau kat pasar pagi cuma 10 ke 11 ringgit sekilo..kerisi 8 ringgit...ada ikan kacang..yang badan nya panjang muncung panjang tu,,eeii den tak roti nak makan nyo...bawal putih 22 ringgit sekilo..apa nak jadi niiiiii.......udang kertas size 'L' berharga 30 ringgit sekilo...sadok alah nya mahal.
Memandang kan gaji lambat lagi..beli jer la ikan kembung pelaling ...itu lah setaraf ngan akak ni...hehehe
Okay ..layan je la gambar cucur udang ni yang tinggal sipi sipi jer ni...masa banyak tak sempat nak ambik..mulut dan tangan ngap..ngap..ngap..
Monday, March 23, 2009
Ikan Gelama masak taucu lagi...
salam semua
Ni ikan yang abang pancing sabtu lepas...Gelama pisang nama nya..dia panjang dan tirus..gigi nya ada dua tiga batang jer..Ikan baru ni rasa nya sedap dan halus isi nya...Nak menyiang nya leceh jugak sebab licin badan nya...Ikan nya bersisik dan tak lah susah sangat nak membersih kan nya...
Ada banyak ikan gelama ni abang dapat..kami ambil yang besar besar saja,yang lain kami hantar kerumah mak mertua dan rumah Along(abang sulung Aziz). Tersenyum panjang mereka sebab dapat rezeki ikan baru.
Akak buat masak taucu sebab ikan gelama ni isi nya tawar..kena lah masak dengan taucu..
Ada baki lagi..ingat nak masak tiga rasa tapi menjelang malam ada dua keluarga kami datang..so rezeki mereka juga lah malam tu..Habis semua ikan ikan tu akak masak...
layan je lah gambar gambar ini..