Tuesday, December 8, 2009

Sambal Tauchu





Salam semua...

1 1/2 botol tauchu cap Bilal..cuci dan tumbuk halus

A
3 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
( *di kisar)
3 batang serai- di titik

B
2 inci halia di hiris nipis dan memanjang
5 ulas bawang putih di hiris

RM10.00 udang kering - cuci dan rendam sebentar
Cili api siam (kurang pedas) 1 mangkuk or ikut suka banyak mana nak..biar kan sebiji sebiji
4 biji bawang besar di potong baji
Air asam jawa semangkuk
Minyak untuk menumis..Garam gula dan serbuk perasa jika perlu...

Tumis bahan A sehingga wangi.

Masuk kan bahan B.
Bila dah wangi dan garing, masuk kan Udang kering.
Masuk kan tauchu.
Kacau selalu dan biar kan garing hingga naik minyak..Perlahan kan api...
Masuk kan pula cili api.
kacau selalu agar tidak hangus.

Masuk kan asam jawa...Biar kan mendidih dan pekat sedikit.
Masuk kan pula bawang besar yang di potong wedges.

Rasa lah garam...gula nya..ikut kesesuaian anda...

Bila sudah sejuk, alih kan kedalam bekas bekas kecil yang bertutup dan simpan dalam freezer...
Bila nak makan baru lah di panas kan...

Sedap di makan bersama nasi panas panas tanpa lauk lain....(cadangan saya lah)
juga sedap di makan bersama bubur nasi.

Selamat mencuba.....

1 comments:

Kak Nora said...

Ezzah,
Thanks a lot. Bolehlah alang cuba nanti. Selalaunya alang buat tahu goreng tauchu dengan hirisan cili hijau.

Labels