Wednesday, April 22, 2009

rendang ayam



salam semua...

dari malam tadi asyik teringat nak makan rendang ayam..so pagi pagi lagi dah kelentung kelentang kat dapor......



rendang ayam

bahan bahan nya...
1 ekor ayam potong 12
cili mesin--ikut suka banyak mana nak
cili api dalan 10 biji
cili merah 3 biji
sedikit halia
lengkuas dalam 1.00
serai dalam 7 batang
bawang merah 200 gm
bawang besar 3 biji
bawang putih..5 ulas
1 keping asam keping
kerisik...3 sudu..biar gelap sikit...
daun kunyit 2 helai..
sehelai masuk masa merendang..
sehelai di hiris halus ...taruk bila nak angkat.
saya pakai santan kotak Kara..1 kotak 200 ml

cara cara...
tumis semua bahan bahan dengan sedikit minyak..
bila naik bau..masuk kan ayam.
bila air ayam dah keluar..baru masuk santan...
sukatan santan dan ayam biar paras yang sama..kalau tak ayam akan hancur sebab lama sangat di ats dapur.
masak guna kan api yang besar..
jangan kacau kerap sangat..
bila hampir pekat..masuk kan garam dan asam keping.
masuk kan kerisik.
gaul biar rata.
bila nampir kering tabur kan daun kunyit.
padam kan api..
makan lah......


........................................................................................................................


bendi goreng


nasi lemak bungkus ni anak sedara yang beli..dia mc pulak hari ni..sakit mata nya...tapi boleh lak berjam2 mengadap pc...hissh..budak2 ....

Tuesday, April 7, 2009


Rabu...


hari ni untuk lunch,akak goreng mee saja..sebenar nya masa tengahari..tak ramai ada kat rumah ni..ada yang sekolah petang ada yang kerja balik petang..

Selalu nya akak makan apa yang balance semalam punya..atau buat nasi atau mee goreng.
Petang nanti baru akak masak untuk dinner...

Yang ni akak goreng pukul 10.30 pg tadi..2 bungkus mee..

malam minggu yang lembab....

salam semua...

Anak anak sibuk ajak keluar..tapi hujan pulak..kemain lah lebat..

Bila dah naik van..tanya nak kemana..tak tau kata diorang..tapi lapar lah bah...

Emm..pi makan satay laa..

Kat mana bah..satay kajang ker...

Tak payah..pi kat satay Sijangkang...hhahahaha







Tapai ubi



DH in action..




selain ada satay..ada nasi lemak kukus..sambal dia sedap..ada laksa , mee kari, soto mee jawa ...murah je..



-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Yang ni Isnin..kat Syed Bistro..Shah Alam
yang tukang order nya mak oii..kemain la canggih...
dah tak pakai pen dan kertas dah..pakai PDA la pulak...
inagt kan dah moden cepat le teh sampai...
hmm macam siput gakkkk.........



roti telur mimi punya....




yang ni tgh layan rokok..hisshh



licin roti telur ni..ko lapar sangat ke dek(mira)




mimi...asyik nak ambik gambar jer....




have a nice day!



Saturday, April 4, 2009

Masak Tempoyak Pucuk Kayu(pucuk ubi)



Masakan ni akak belajar dari jiran akak yang berketurunan Jawa yang suami nya orang Masjid Tanah Melaka. Ni fav suami dia dan dia terpaksa belajar dari mak mertua nya...

Akak pun pada mula nya tak pernah makan lauk ni..bila dia bagi sepiring..mula lah akak mintak 2 piring pulak..lama lama kena lah belajar ..nanti marah pulak orang ..betul tak?

Bahan bahan nya...

2 ikat pucuk ubi.ambil pucuk saja yer dan daun yang lembut..
apa apa pucuk boleh di tambah..janji boleh makan..kalau tak da..memadai lah pucuk ubi saja.
1 tangkai bunga kantan
2 helai daun kunyit
2 batang serai
(semua di atas hendak lah di hiris..termasuk daun pucuk ubi tu.
2 atau 3 papan petai..buang kulit biji nya
segenggam ikan bilis,boleh di guna kan udang juga..
4 biji cili hijau )
2 biji cili merah ) di belah jangan putus
10 atau 15 biji cili api..boleh di kurang kan atau di tambah)
kunyit hidup )di tumbuk halus atau di kisar
2 ringgit tempoyak..lebih kurang 3-4 camca makan tempoyak..ikut suka la....
santan pekat secukup nya.

panas kan periuk..masuk kan cili yang di mesin tadi,segala pucuk daun tadi,bunga kantan, petai ,serai yang di hiris tadi,daun kunyit,ikan bilis serta separuh santan tadi.
Bila mendidih..kecil kan api..kacau selalu agar tak pecah minyak...
Bila nampak pucuk daun daun tadi dah layu, masuk kan tempoyak yang telah di campur dengan sedikit air panas..Jangan lupa di kacau lagi...

Masuk kan pulak lebihan santan tadi dan cili merah dan hijau.
masak perlahan hingga naik minyak dan pekat.
Rasa lah garam nya.
Masakan ini lagi sedap kalau selalu di perhangat kan ....

Selamat mencuba....


Wednesday, April 1, 2009

Acar ikan bersantan



Acar Ikan bersantan.

1 kg ikan tenggiri-potong dan cuci bersih-garam kunyit dan di goreng
3 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1" halia - di hiris
1 sudu kecil biji sawi
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
1 kotak santan
2 atau 3 cawan air
1 batang serai - di titik
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2-3 sudu cuka
garam dan gula.

Cara:
Panas kan minyak,tumis kan bahan yang di hiris ,kayu manis bunga lawang dan serai dan biji sawi.
bila naik bau..masuk kan santan dan air..letak kan sedikit serbuk kunyit.

Bila mendidih masuk kan garam,gula dan cuka. Rasa kuah nya...

Masuk kan ikan dan cili...masak sebentar dan tutup api.

----------------------------------------------------------------------------------------------



yang ni bila malas masak punya kes...

goreng ikan bilis,bawang besar dan cili api...

Makan dengan nasi panas panas,tapi baik baik jangan jadi macam makcik ni..tergigit cili api..rasa nya keluar asap kat telinga...masuk bilik air dok nganga mulut kat shower tu...lupa pulak makcik ni nak makan gula....petua tu bila tergigit cili podeh berapi...



Labels