Wednesday, July 29, 2009

PAI AYAM






Inti :

1 peket daging ayam cincang (mama gunakan Ramli's)

1 tin soup cendawan (mama gunakan Campbell)
300g sayuran campuran
300g bawang besar, didadu
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung dibancuh bersama 1/2 cawan air
garam
lada sulah

Kaedah penyediaan :

- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan bawang dadu. Biarkan sampai lembut.

- Masukkan ayam cincang dan kacau agar ayam tidak berketul. Goreng hingga ayam masak.
- Masukkan sayuran campuran.
- Di dalam mangkuk yang berasingan, bancuh sup cendawan dengan 1 cawan air. Kacau rata.
- Tuangkan bancuhan sup cendawan ke dalam ayam tadi. Tambah air jika perlu.
- Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air. Ini adalah untuk memekatkan kuah.
- Masak di atas api perlahan.
- Perisakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.

Potong roti canai segera (brand Kawan) atau pastry segera dan masukkan ke dalam acuan pai.

Sudukan sedikit inti di tengah dan tutupkan dengan sekeping roti canai segera atau pastry.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 30 minit atau hingga masak.


4 comments:

che zaid said...

mana gambar pienyer kak ezza...
ehh nnt visit ye blog baru saya kt http://sweetreatsetc.blogspot.com kot2la nak try kek lapis saya...

Uncle Lee said...

Hello Ezza Aziz, just dropped by to wish you and all at home selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh tabah dan kesyukuran.
Best regards, Lee.

kelambuharimau said...

waaah tentu sodap nih

Anonymous said...

Kaka, dulu resepi rendang minang tahun lepas, cili kering letak 100 ke atau 1?

Labels