Monday, December 29, 2008

Ayam Masak Merah

Cuti panjang ni rumah akak penuh di datangi oleh keluarga adik perempuan akak, Ayu suami nya Jamil dan semua anak anak nya.

Pagi sabtu kami ke pasar dan Ayu membeli ayam sebanyak 4 ekor..akak tanya apasal banyak sangat? tak pa la kak,,biar budak budak ni makan sampai puas....nanti kita asyik kena masak jer...

Budak budak nak sangat makan ayam masak merah..Yelah makngah buat kan lah...macam nak kenduri je banyak nya...bukan ini saja malah akak masak Daging Masak kicap(habis stok daging dalam peti ais ) dan sayur campur. Makan lah puas puas ya..

Ayam masak merah versi Makngah.
1 ekor ayam potong 16-garam kunyit kan di goreng 3/4 masak.

4 biji bawang besar* *di mesin halus*
4 ulas bawang putih*
2" halia*

cili kisar -ikut suka

sedikit lengkuas

2 biji Bawang besar di potong 4

daun bawang.

1/2 cawan susu cair

3 sudu besar sos tomato.

2 sudu cuka

sedikit garam,gula untuk rasa.


Cara:
Tumis bahan yang di kisar hingga wangi. Masuk kan cili kisar dan kacau hingga wangi an masak.

Masuk kan cili sos. Masuk kan garam dan gula...bila dah sebati..masuk kan cuka. Masuk kan juga bawang yang di potong 4 tadi.

Masuk kan ayam dan gaul biar rata. Curah kan susu cair dan balik balik kan ayam.

Tutup api dan masuk kan daun bawang yang telah di kerat2.

Hidang kan.

Monday, December 22, 2008

Ayam goreng Ala ala KFC

akak tak sihat beberapa hari ni,so Zira take incharge dapor laa,suka hati dia nak masak apa.

Hari ni dia beli ayam..akak tanya nak masak ni..buat sambal laa

Tak nak,hari ni nak masak Ayam KFC..

Lantak ko laa,janji adik adik kamu makan.

Bila akak balik dari klinik..ini je la yang tinggal!!!!

Ayam goreng

1 ekor ayam -potong kecil kecil dan basuh bersih..tos kan hingga air dia kering.

2 biji putih telur..(dia pakai whole egg)

Tepung salut berempah (kfc)

Minyak goreng terendam.

Cara:

salut kan ayan dengan telur.

Kemudian salut kan pulak dengan tepung.

Goreng dengan minyak panas.

bila dah kuning dan garing ,,angkat

Senang kan!!

Saturday, December 20, 2008

chocolate Chip Muffin

ni akak buat tadi..petang sabtu..

Sekejap je nak buat..hehehe akak pi Bagus bakery semalam..jadi rambang mata tengok macam macam tepung, ada pulak pakwe salesman yang melayan..so main ambik je apa yang nampak.
Tenguk kat fridge dia ada blue berry fillings ..rembat satu gak..ada philly cheese ambik...
Bila nak membayar nya ,terjegil bijik mata...padan muka..

Sorry la tak de resepi sebab akak pakai tepung yang ada semua bende kat dalam nya cuma tambah air,minyak dan telur..hehehe..

Monday, December 15, 2008

Kerang masak kicap.

Ikan mahal sangat sekarang ni,dah lah mahal..rupa tak senonoh pulak tu, ada ikan macam hisap dadah jer..mata nya merah... ada macam ikan sakit jer..pucat jer kaler dia...macam macam akak ni..

So hari ni akak masak kerang laa..

Fresh lagi ni...

Tak nak la masak sambal tumis ke,rendang atau masak lemak..boring laa

Hari ni masak kicap bercili...

Hari tu Alin buat sedap pulak!! Resepi dia masa belajar kat UNISEL dulu..

Okay,mudah jer...

1 kg kerang

cili mesin yang di tambah bawang dan bawang putih.(cili ikut rasa sendiri)

Sos tiram dalam 2 sudu

Kicap manis..suka hati laa banyak mana..

daun bawang untuk penyeri..tak da pun pa...

Cuci kerang hingga bersih. Tos kan.

Tumis cili dengan sedikit minyak. Biar garing dan masak

Masuk kan sos tiram dan kicap...

Masuk kan kerang kacau biar rata dan tutup sebentar.

Rasa lah garam gula nya....
Bila kerang dah tersengih...tutup api...

tabur kan daun bawang.



Akak buat sambal kicap sekali...bukan nya apa..kat rumah ni ada macam2 selera...


dan buat sup kentang sikit...kang kering sangat nasi ni....komplen dia orang ni...

yang ni pulak,lauk semalam...panas kan balik..sayang nak buang,Gulai nenas dengan ikan bilis jer,,dah tak macam rupa gulai nenas dah.....

Thursday, December 11, 2008

Terima kasih Azimah dan Bakri

Malam tadi akak pergi Shah Alam,rumah adik sepupu yang mana suami nya rakan sekerja Aziz.
Dia suami isteri ni memang la ramah.

Azimah dan kakak nya Azizah masa kecil selalu bermain dengan akak dan seorang lagi sepupu kami ,Abu, Kami mandi sungai,main lompat getah dan kadang kadang main ting ting. Masa remaja kami terpisah sebab Azimah melanjut kan pelajaran nya ke Alabama,USA, Abu ke UK dan akak dan Azizah tak kemana mana..Belajar di KL saja.

Azimah berkahwin dengan suami nya Bakri di sana dan Abu pun bernikah di UK. Kini Azimah bertugas di CyberJaya. Dia ni pakar IT. Dan Abu pulak seorang Profesor di UTM Johor.

Terima kasih Zimah kerana menjamu kami dengan kek carot yang lazat,siap dengan cream cheese yang Yaya suka sangat. Spaghetti yang sedap jugak garlic bread yang harum dan panas panas. Kesal juga sebab tak sempat nak snap pics laa.. Tapi yang paling best sekali zimah siap tapau untuk di bawa pulang...Budak budak macam ular sawa kekenyangan.

Terima kasih seribu!
Jangan serik jemput kami lagi ya...

Monday, December 8, 2008

Hari Raya Korban 2008

Kami bermalam di rumah abah tapi sebelum tu akak kena memasak dulu sebeb Hafiz terpaksa bertugas di hari raya. Akak membeli 4 ekor ayam pencen untuk di buat rendang. Kenapa ayam pencen? sebab akak rasa daging nya lebih sedap dari ayam biasa ni..cuma masa memasak nya panjang la sikit, Ada petua untuk melembut kan daging ni..akak masuk kan beberapa batang sudu kedalam masakan tujuan untuk melembut kan daging nya atau boleh di guna kan daun nangka...Akak juga membuat kuah kacang dan sambal tumis ikan bilis untuk di makan bersama kuah lodeh dan nasi himpit..Sambal tumis nya lupa nak shoot pulak.




Labels