Monday, December 29, 2008

Ayam Masak Merah

Cuti panjang ni rumah akak penuh di datangi oleh keluarga adik perempuan akak, Ayu suami nya Jamil dan semua anak anak nya.

Pagi sabtu kami ke pasar dan Ayu membeli ayam sebanyak 4 ekor..akak tanya apasal banyak sangat? tak pa la kak,,biar budak budak ni makan sampai puas....nanti kita asyik kena masak jer...

Budak budak nak sangat makan ayam masak merah..Yelah makngah buat kan lah...macam nak kenduri je banyak nya...bukan ini saja malah akak masak Daging Masak kicap(habis stok daging dalam peti ais ) dan sayur campur. Makan lah puas puas ya..

Ayam masak merah versi Makngah.
1 ekor ayam potong 16-garam kunyit kan di goreng 3/4 masak.

4 biji bawang besar* *di mesin halus*
4 ulas bawang putih*
2" halia*

cili kisar -ikut suka

sedikit lengkuas

2 biji Bawang besar di potong 4

daun bawang.

1/2 cawan susu cair

3 sudu besar sos tomato.

2 sudu cuka

sedikit garam,gula untuk rasa.


Cara:
Tumis bahan yang di kisar hingga wangi. Masuk kan cili kisar dan kacau hingga wangi an masak.

Masuk kan cili sos. Masuk kan garam dan gula...bila dah sebati..masuk kan cuka. Masuk kan juga bawang yang di potong 4 tadi.

Masuk kan ayam dan gaul biar rata. Curah kan susu cair dan balik balik kan ayam.

Tutup api dan masuk kan daun bawang yang telah di kerat2.

Hidang kan.

4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Ezah. Saya alang MsHart. Cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru 1430.Semoga sihat dan murah rezeki. Terima kasih kerana bersungguh-sungguh share resepi.

Ezza Aziz said...

yerima kasih alang. Lain kali singgah lagi kat sini. Boleh alang share macammane nak buat asam pedas Melaka yang famous tu...

Salam Maal hijrah dari kami...

Anonymous said...

Salam Kak Ezza,

Apa khabar? Aiyo Kak Ezza nampaknya pakar dalam dapur. Lauk-lauk yang Kak Ezza sediakan begitu sedap nampaknya..

Terima kasih kerana melawat blog ku dan juga memberi kawan-kawan laman web resipe ini.

Semoga kami boleh berkawan dan bertemu sambil bersama-sama makan ya?

Selamat Tahn Baru 2009.

Zue Murphy said...

Kak Ezza, drooling looking at the picture. Ayam masak merah always my favorite food. I will try your recipe. Thank you for sharing.

Labels