Thursday, December 11, 2008

Terima kasih Azimah dan Bakri

Malam tadi akak pergi Shah Alam,rumah adik sepupu yang mana suami nya rakan sekerja Aziz.
Dia suami isteri ni memang la ramah.

Azimah dan kakak nya Azizah masa kecil selalu bermain dengan akak dan seorang lagi sepupu kami ,Abu, Kami mandi sungai,main lompat getah dan kadang kadang main ting ting. Masa remaja kami terpisah sebab Azimah melanjut kan pelajaran nya ke Alabama,USA, Abu ke UK dan akak dan Azizah tak kemana mana..Belajar di KL saja.

Azimah berkahwin dengan suami nya Bakri di sana dan Abu pun bernikah di UK. Kini Azimah bertugas di CyberJaya. Dia ni pakar IT. Dan Abu pulak seorang Profesor di UTM Johor.

Terima kasih Zimah kerana menjamu kami dengan kek carot yang lazat,siap dengan cream cheese yang Yaya suka sangat. Spaghetti yang sedap jugak garlic bread yang harum dan panas panas. Kesal juga sebab tak sempat nak snap pics laa.. Tapi yang paling best sekali zimah siap tapau untuk di bawa pulang...Budak budak macam ular sawa kekenyangan.

Terima kasih seribu!
Jangan serik jemput kami lagi ya...

0 comments:

Labels