Sunday, November 30, 2008

Goreng Udang Kertas berkari

Jiran akak yang akak panggil paklong datang ke rumah sabtu lepas membawa hasil tangkapan udang kertas untuk di jual kepada kami. Akak tak sampai hati nak kata tak mahu sebab akak pun masak udang tengahari tu tetapi bila melihat keadaan diri nya yang keletihan dan uzur maka akak tak sampai hati nak menolak. Udang yang seberat 1 1/2 kg itu berharga RM35.00.
Abang suruh akak menggoreng saja memandang kan ia masih baru dan fresh dari laut.



Udang yang baru di bersih kan.

Udang yang telah akak perap kan dengan garam,lada sulah,serbuk kunyit,serbuk kari,cili kisar,bawangmerah dan bawang putih serta daun kari.

Udang yang sedang di goreng, Jangan goreng terlalu lama.


hmmm,sodap nya...

Saturday, November 29, 2008

TRIFEL




  • Trifel ni di buat semalam,dah lama nak buat asyik lupa jer..akak ikut resepi Ms Hart..4411.
Saya suruh Alin buat, dia yang keluar belanja semua so ko buat.
Ini la hasil nya. Tak berapa cantik tapi sedap...Cuba laa

Trifel

sumber: ms hart

1 gulung swiss roll perasa pandan(boleh guna apa apa perasa pun)
1 tin fruit cocktail
1 tin buah peach(optional)
4 sb tepung kastad
4sb gula pasir
1 tin susu cair
1 tin air(tin susu cair)

cara:
Potong swiss roll dan atur kan dalam bekas kaca (suka hati bekas apa pun)
siram kan swiss roll dengan sirap fruit cocktail..biar rata.
Tabur kan buah buahan cocktail.
Satu kan susu cair dengan air.
Ambil sedikit campuran susu tadi dan di gaul kan bersama tepung kastad dan gula tadi.
Kacau biar rata.
Kemudian masuk kan balik ke dalam susu tadi dan di masak dengan api perlahan,
Bila agak masak dan pekat,siram atas bekas swiss roll tadi.
Atur kan buah peach atau buah apa apa pun..janji senang mata memandang. Kalau tak da pun tak apa.
Sejuk kan dalam peti sejuk.




Thursday, November 27, 2008

Lauk tengahari hari ini

Hari ni makan tengahari lewat sangat. Sebab pagi tadi makan roti canai,budak budak tak kisah nak makan pun..

Akak pun dah tak tau masak apa,harga ikan melambung lambung..heran ya,petrol dah turun tapi
harga barang barang dapur tak gak turun. Dah lah masa cuti sekolah ni budak budak asyik lapar saja...adoiiii. jadi tengahari ni akak masak seperti di bawah,


sambal kacang tanah dengan ikan bilis.

gulai pucuk ubi dengan tempe

telur asin



Ni Yaya,dia tengah tunjuk perasaan nak makan KETAM.


Thursday, November 20, 2008

Puding Roti

Puding roti ini resepi nya dari sepupu saya bernama Azimah.
Dia memberi resepi ini complete dengan cara cara membuat nya .

Malam tadi saya mengguna kan resepi nya untuk kawan Zira yang ingin makan Puding roti di pejabat nya esok hari. Kira macam order laa. Hari selasa lepas dia order Portugese Tart.

Berikut ada lah resepi nya;

13 - 16 keping roti Gardenia atau High 5 (di sapu mentega sebelah saja.)
10 biji telur
1 liter susu Full cream Dutch Lady
atau kalau budget lebih sikit guna
500g susu + 500 g krim
1 cawan gula
1 st esen vanila
kismis
Badam flakes
Madu
sedikit butter

Roti di susun dam tin pembakar dengan bahagian yang di sapu mentega mengadap ke dalam.
Kalau tin pembakar kecil macam saya,guna 2 bekas.
Telur di pukul hingga hancur.
Masuk kan susu,krim,gula dan esen vanilla dan pukul lagi.
Tabur kan kismis dan badam pada roti dan tuang kan kastard ke atas roti hingga tenggelam.
Biar kan sos itu meresap ke dalam roti dan baru lah di bakar.
Suhu 180c 40-50 minit .
Bila sudah masak,berus kan madu dan mentega pada permukaan puding agar kelihatan berkilat.

p/s sebenar nya cara susunan roti yang ni main taruk jer sebab bekas yang ni untuk kami makan punye...

setelah di tuang kan sos

Thursday, November 13, 2008

Kek Gula Hangus

Masa buat kek ni macam tak percaya jer kek ni kan menjadi. Hati ni was was jer. Bukan nya sebab apa , adunan nya cair sangat..betul ke resepi ni...Kena simpan sekejap dalam 3-4 jam dulu baru boleh bakar...bila pulak boleh makan ni....lantak laa terlanjur dah buat baik di selesai kan...

Bila time bakar,akak ayik terkenguk jenguk ke dalam oven,naik ke tak ni...risau jugak..Tapi akhir nya penantian akak berbaloi..Kek ni tak naik sangat tapi sarang dia jadi dan ia nya sangat lembutttt....Cuba la tapi kena mula dari pagi..nanti tak sempat masak untuk minum petang.

Resepi nya akak cedok dari siapa la pulak ni...Terima kasih je la pada empunya resepi yang akak dah lupa sapa orang nyer..

Bahan2 nya
untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 suduteh butter
masak kan gula dalam kuali , Bila agak cair tuang air panas..hati hati ya,
then masuk kan butter, Kacau biar rata dan tidak berketul dan padam kan api..

4 biji telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum di ayak bersama
2 sudu kecil soda bicarbornate
1 suduteh esen vanilla.

Cara
Pukul telur hingga kembang.
masuk kan susu pekat dan pukul lagi.
Masuk kan esen vanila.
Kemudian masuk kan teoung gandum yang telah di ayak besama soda bicarb tadi. Bila
sudah rata,baru tuang kan gula hangus tadi.

Masuk kan ke dalam acuan yang telah di lenser dengar butter dan tepung gandum.
Biar kan dulu selama 3-4 jam dulu agar kek ni bersarang dulu .Jangan lupa di tutup acuan tu.
Bakar pada suhu 160c selama 60 minit. 11 minit terakhir hendak lah di pasang kan api atas bawah. Sejuk kan sebelum di potong.


*******************************************************************************

Monday, November 10, 2008

DADIH JAGUNG



Dadih jagung dah jadi satu trademark bagi akak. Apa tak nya, dulu akak la pelopor dadih ni di sekitar kampung ni...

Rasa nya lemak lemak manis amat di gemari oleh orang tua malah kanak kanak kecil. Dah banyak akak dapat tempahan dan sekarang ni akak dah malas nak ambil tempahan sebab kos barang dah meningkat dan orang kampung ni pun asyik nak komplein jer..kita naik kan 10 sen pun marah...kita kurang kan kuantiti pun marah..so sekarang sapa sapa nak tempah akak bagi saje resepi dia..ko beli barang dan buat la sendiri...Perisa nya boleh di tukar kepasa coklat,strawberry atau apa apa yang you all suka...akak pakai perisa jagung ni sebab sedap.

Bahan bahan nya:
untuk 50 biji bekas kecil seperti di atas.
(A)
25 g agar agar tali...
500 g gula.
3 liter air

400 g susu tepung (1 pek kecil) akak guna cap everyday instant.
di bancuh dengan
1 liter air panas. Tapis kalau berketul.

1 tin susu cair-akak guna Ideal
perisa jagung..yang dalam botol plastik kecil tu..

cara
Agar agar di rendam agar lembut dan di rebus dengan 3 liter air
hingga hancur. Kemudian masuk kan gula. Biar hancur.

masuk kan bancuhan susu tepung,kacau biar rata. masuk kan sekali susu cair dan perisa jagung secukup nya. Biar adunan nampak kuning cantik dan bau harum. Tutup api.

Susun bekas bekas plastik atas meja. Ingat sapa sapa ada anak kecik tu..suruh la sapa sapa jaga kejap atau kurung jer kejap. Benda ni panas,,,Biar anak menangis kejap dari kita menangis sepanjang hayat!!!!

Masuk kan bancuhan dalam bekas air dan tuang ke dalam acuan tu...biat kan sejuk sekejap dan boleh la di tutup dan masuk dalam peti ais.
Adunan ini mesti lembik bukan keras macam lengkung. So sukatan air mesti tepat dan jangan biar kan mendidih lama atas api...

************************************************************************************

Saturday, November 8, 2008

Ayam Goreng
1 kg ayam di potong kecil kecil
cuci bersih dan tos kan.
garam,lada putih,serbuk kunyit dan tepung jagung di gaul rata.
Goreng hingga kekuningan.

******************************************************************



Sambal Tumis Udang. 1 kg udang = buang kepala dan ekor. 20 - 30 tangkai cili kering-gunting kecil dan di rebus sekejap. 2 bji bawang besar,3 ulas bawang putih -di mesin bersama cili
4 papan petai- kalau lebih lagi baik
sedikit belacan 1 mangkuk kecil air asam jawa..tidak pekat sangat. garam,gula dan perasa.
cara membuat nya:

Panas kan kuali dan masuk kan minyak.
Tumis kan cili mesin bersama bawang tadi hingga garing.Kecil kan api dan kacau selalu agar masak rata.
Masuk kan belacan.
Bila cili sudah garing dan naik minyak,masuk kan air asam jawa. Masuk kan garam dan lain lain perasa dan udang.Masuk kan petai sekali.
Bila dan sesuai asam garam dan gula., tutup api dan boleh la di hidang.


**********************************************




Urap Daun Selom

  • 2 ikat daun selom- di rendan dai cuci bersih dan di potong kecil2
  • 5 biji cili merah
  • 5 tangkai cili padi
  • sedikit belacan bakar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar udang kering,rendam
  • 1/2 biji kelapa parut-ambil putih saja
  • 5 biji limau kesturi
  • Cara:
  • Mesin bahan 1 hingga 6.
  • Panas kan kuali dan masuk kan bahan mesin dan kelapa parut tadi.
  • Kacau hingga bahan tadi mesra dan kering.
  • Bila sudah kering,angkat dan masuk kan kedalam bekas daun selom.
  • Masuk kan garam gula dan ajinomoto sedikit.
  • Perah kan air limau kasturi.


Asam Pedas Ikan Tenggiri.
2 ekor Tenggiri papan ( jenis kecil-Morib mari)
2 senduk cili yang telah di kisar dengan bawang merah dan putih,belacan dan kunyit hidup
2 biji tomato dan 5 batang bende
Air asam jawa 1 mangkuk
Daun kari dan Halba campur
garam sedikit gula dan aji

Ikan di potong dan di bersih kan.
Tumis halba campur dan daun kari.
Masuk kan cili mesin tadi.
Tumis hingga naik bau dan kecil kan api.
Kacau selalu agar tidak hangus.
Bila cili masak dan harum masuk kan ikan dan air asam. Terpulang la hendak cair atau pekat.
Bila hampir masak masuk kan tomato dan bende. Rasa lah garam nya. Tutup api dan boleh la di hidang kan.

*************************************************************

Masak lemak Nenas dengan Tulang Ikan Masin.

2 biji nenas,di buang kulit dan di potong ikut suka.
500 gm tulang Ikan Masin .Di rendam dalam air selama 1 jam
20 biji api siam
5 biji cili merah
serai 3 batang
kunyit hidup
santan pekat secukup nya (saya guna 4 ringgit santan pekat)
garam untuk rasa

Cara

Mesin atau tumbuk cili api cili merah kunyit hidup dengan sedikit garam.
Masuk kan ke dalam periuk dan masuk kan sekali ikan masin tadi.
kacau agar sebati. Masuk kan serai.
Masuk kan santan pekat.Tinggal kan sedikit untuk di jadi kan pati.
Bila mendidih,masuk kan nanas dan biar kan seketika.
Masuk kan santan yang lebih tadi dan rasa garam ya. Bila nampak cantik kuah nya,tutup api dan boleh di makan.


Semua ni akak masak untuk makan tengahari hari sabtu lepas. Makan bersama keluarga akak,orang tua akak dan Ayu sekeluarga dan juga tetamu kami,,keluarga Firdaus.

*************************************************************************************


Thursday, November 6, 2008

Wednesday, November 5, 2008

CornBeef

Saya tak pernah beli atau makan cornbeef. Saya tak tau macam mana nak masak dan tak tak tau kat sapa nak tanya. Bila baca bolg Tunku Halim malam tadi,baru lah saya tau macamana nak masak bende ni. Dan ada berbagai versi cara masakan nya. Sekarang ni kalau nak pergi supermarket untuk penuh kan stok dapur,saya pasti akan membeli setin dua cornbeef ni selain sardin. Cuba la pulak bende bende yang lain...Resepi di bawah ni saya ambil dengan izin Tunku Halim...saya serta kan gambar nya sekali. Thank Tunku!


Fry chopped up garlic (2 cloves) in a 1 tablespoon of oil in a frying pan for 30 seconds. Add chopped onions (1 onion) for 2 minutes. Put in contents of 1 can of corned beef and fry for 2 minutes until soft. I added chopped up tomatoes and spring onions as I had these handy. I would have added in sliced chillies but my children can’t take spicy food yet. Break two eggs (do not break up the eggs but keep them whole) into the mixture. Cook on medium heat for 3-4 minutes until eggs are cooked. Add pepper and salt. Serve with rice or toast.

Monday, November 3, 2008



Nasi Biryani Restoren Bismillah.

Semalam akak makan di kedai ni. Dan kami memang gemar makan kat sini sejak dulu lagi.
Nasi briani dia lain dari lain. Dari segi rasa dan rupa dan juga presentation dia ni lain dari restoren yang lain. Rasa nya yang maintain dari dulu hingga kini buat kamu selalu makan di sini atau tapau bawak balik. Tokay kedai ni rasa nya asal dari India tapi kulit nya cerah macam pelakon hindustan. Kedai ni akak rasa telah beroperasi lebih dari 50 tahun dulu. Mengikut cerita abang,masa kecil dulu abah dia sering membawa dia sekeluarg makan di sini. Dulu tokay dia lain,maybe datuk kepada yang sekarang ni. Gambar gambar datuk dia dan Sultan Selangor yang dulu sedang berjabat tangan. Muda belia tu gambar Sultan tu. Gambar pun dah kabur. Tak sempat nak ambik gambar keseluruhan kedai sebab busy makan. Tapi nasi nya di hidang dalam pinggan kecil dan ada ayam tersembunyi di dalam. Datang sekali dengan kuah briyani,kuah dal dan acar simple jer. Ayam dia pun kecik tapi harga dia dah naik lagi....Sepinggan RM6.50 sen.
Kalau datang ke Klang,jangan lupa cari Jalan Stesen,berhadapan dengan Komuter Klang. Berdiri gagah di situ lebih 50 tahun....Hidup Bismillah!!!

Sunday, November 2, 2008

Nasi goreng serba jadi..
pagi sabtu semua nye jadi malas. So dari pagi hingga tghari dok lepak je,,baring baring sambil tgk tv. Tapi perut lapar pulak. So kena la kedapur . Nasib baik ada nasi lebih malam tadi , so akak pun menggoreng nasi laa. Sarapan campur makan tengahari. Bahan bahan ya..tak usah la tanye..main campak campak aje...janji perut kenyang..

Labels