175 gm tepung naik sendiri*
175 tepung gandum*
175 tepung jagung*
4 sudu besar koko*
* di ayak bersama
70 gm milo
2 biji kuning telor
276 gm castor sugar
370 gm butter
1 tsp vanila
170 chopped almond
170 gm coklat chip
1 tsp Nescafe +2 tsp warm water(mix)
Cara2:
Butter di biar kan dalam suhu bilik.
Masuk kan ke dalam mangkuk adunan dan pukul hingga lembut
Masuk kan gula dan pukul lagi.
Masuk kan telur satu persatu dan masuk kan vanila.
Masuk kan adunan tepung2 tadi dan jga bahan yang lain.
Masuk kan air nescafe tadi dan gaul rata.
Adunan ini agak lembut sikit .
Ambil scoop aiskrim dan sudu kan agar biskut sama rata. Boleh pakai sudu biasa juga.
Bakar dalam suhu175 C dalam masa 20 minit
Sunday, August 31, 2008
Chocolate Chip Cookies
Saturday, August 30, 2008
Asam pedas /Karipap
Friday, August 8, 2008
Goreng dengan minyak dan guna kan api yang kecil agar masak rata dan cantik.
Chocolate Cheese Cake-Yummy
Chocolate Cheese Cake-Yummy
Bahan bahan nye:
Bahan A
180 gm mwntega
erbuk koko 'di ayak
170 gm gula kastor
3 biji telor
120 gm tepung naik sendiri-di ayak
1 suduteh baking powder-di ayak
Bahan B
250 gm cheese cream
60 gm gula kaster
1 suduteh esen vanila
1 biji telor
cara cara nya:
1. Pukul butter dengan gula
2. masuk kan telur sebiji demi sebiji.
3. masuk kan tepung gandom,serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak-gaul rata.
4. Di dalam bekas yang lain ,pukul bahan B hingga kembang
5. Tuang kan satu bahagian adunan A ke dalam loyang berukuran 7" yang telah di gris kan dan di tabur tepung.
6. Masuk kan adunan B dan rata kan.
7. tuang baki adunan A dan rata kan.
8. Bakar dalam oven 160 c selama 60 min.
9. Potong bila kek benar2 sejok(yang ni tak leh jamin,sb bau nye saje dah mengoda kan perasaan!
Soto Ayam Kak Nah tahi lalat
Cara cara:-
2 ekor ayam -potong 4 setiap ekor
2 peket biji ketumbar
1 peket jintan manis
1 peket jintan halus
(di goreng tanpa minyak dan di mesin halus)
Air secukup nya(dalam 5 liter
5 biji bawabg besar
3 ulas bawang putih
Halia dalam 4 inci
Lengkuas dam 4 inci
Serai 7 batang
(semua di mesin halus)
2 ketul kiub ayam
1.00 santan pekat
4 bungkus rempah sop bonjut
Sedikit minyak untuk menumis
Masuk kan rempah2 yang telah di mesin kering tadi.
Bila dah mesra masuk kan ayam. Gaul rata.
Masuk kan air dan semua bahan2 lain.
Tunggu hingga mendidih,kecil kan api.
Bila hampir masak masuk kan santan pekat.
Bila ayam dah elok masak nya rasa lah garam nya. Nak taruk pak aji pun boleh.
Biar kan sebentar baru di keluar kan ayam,
Bila ayam sejok,siat siat kan isi ayam tu,tulang ayam tu masuk kan semula ke dakam sup.
Kalau makan soto mesti ade bergedil dan sambal kicap.
sedikit udang kering
telor ayam di pukul sikit buat celup
lada sulah,daun bawang yang di racik halus. Rasa lah garam nya.
semua digaul bersama ,
Ambil sedikit di bulat2 kan kemudian di leper kan. Celup dalam telur dan goreng dengan api perlahan.
1 botol kicap bilal
5 ulas bawang putih
20 biji cili api
gula secukup rasa
Mesin je laa
sawi
Daun bawang,daun sop
Bawang goreng
nasi himpit
atau mee atau
bihun
bergedi
Ayam yang telah carik2
.
Selamat mencuba.
Lupa pulak lah ...si suun ni...beli 1.00 goreng dalam minyak panas...biar rapuh
simpan dalam bekas kedap udara.
Jom Buat Nasi Beriani lapis kambing/lembu/ayam
500 gm minyak sapi QBB
300 gm bawang kecil (dihiris, digoreng)
600 gm bawang besar (dihiris)
500 gm tomato (dihiris halus)
100 gm halia
80 gm bawang putih
50 gm badam
50 gm gajus
1 tin sederhana tomato puri
½ tin susu cair
½ botol air mawar
50 sen rempah tumis
sedikit daun pandan
50 sen daun pudina
50 sen daun ketumbar
$2 rempah beriani
¼ cawan tairu
sedikit koma-koma
100 gm lada hijau
1 biji limau nipis
sedikit pewarna kuning
sedikit garam kasar
PERATURANNYA
Goreng bawang kecil dengan menggunakan minyak sapi. Setelah itu minyak sapi tadi diketepikan. Halia, bawang putih, lada hijau, badam dan gajus hendaklah dikisar hingga halus secara berasingan.
Masukkan minyak sapi tadi ke dalam sebuah periuk. Kemudian masukkan daging, bawang besar hiris, tomato, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, lada hijau, tairu, rempah tumis daging dan garam. Masaklah di atas dapur sehingga mendidih. Apabila daging ¾ masak, masukkan bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan tomato puri dan biarkan mendidih lagi. Selanjutnya, masukkan rempah beriani, kacau dan tutup biar mendidih. Sesudah itu rasalah masam masinnya.Kalau kurang masamnya, bolehlah ditambah dengan perahan air limau nipis tadi. Akhir sekali, masukkan badam, gajus dan pewarna kuning lalu dimasak sebentar. Kemudian ceduklah minyak yang terdapat pada daging beriani tadi untuk dilapis pada nasi.
UNTUK MEREBUS BERAS
Kosek beras dan rendam kira-kira 10 minit lalu ditoskan. jerang air secukupnya di dalam sebuah periuk bersama 1 batang kayu manis, 5 bunga cengkih dan 3 biji pelaga, daun pandan dan garam. Apabila air mendidih, masukkan beras dan dikacau sekali sekala. Setelah beras 3/4 masak (keadaan seperti biji limau), diangkat dan ditoskan kepada 3 bahagian.
UNTUK MELAPIS BERAS DAN DAGING
Ceduk minyak yang berada pada daging bersama 2 senduk kuah beriani lalu dicampur dengan susu cair. Jika minyaknya kurang, bolehlah ditambah sedikit minyak sapi. ……………Bahan A
Koma-koma direndam dengan ¼ cawan air. Setelah itu , campurkan dengan air mawar dan sedikit pewarna kuning. …….………. Bahan B
Panaskan periuk dan dibubuh sedikit minyak sapi. Taruh 1 bahagian beras, diratakan dan dibubuh daging beriani di atasnya. Taburkan sedikit daun ketumbar dan direnjis dengan Bahan A dan Bahan B.
Ulang proses ini sehingga ketiga-tiga bahagian beras tadi selesai. Tutup periuk dan dibubuh bara arang di atasnya jika perlu. Kecilkan api dan biarkan nasi masak kira-kira ½ jam.
*********************************************************************************
Kalau rajin bolehlah cuba buat rempah briani ini.
Rempah Untuk 2½ kg daging
10 sudu besar ketumbar biji
1½ sudu besar jintan halus
1½ sudu besar jintan kasar
1 sudu besar kas-kas
1½ sudu kecil sajira
5 sudu besar lada merah serbuk
Sangai sebentar semua bahan kecuali lada serbuk; kemudian dikisar.
Resepi dari blog br rozzan.
RENDANG DAGING MINANG
Sabtu tadi aku ke Rawang kerana Mak Usu membuat kenduri tahlil dan cukur jambul cucu nya.
Antara menu nya ialah rendang daging yang telah menjadi hidangan wajib bagi keluarga sebelah Mak ku. Tapi aku rasa rendang daging lah yang paling sedap diantara adik beradik nya.
Bahan2 nya:-
2 kilo daging pejal- potong kiub
500 gm bawang kecil*
1 labu bawang puteh*
4 inci halia*
8 inci lengkuas*
2.00 cili kering-di rendam dengan air panas*
1.00 cili api*
1.00 cili merah*
15 batang serai*
*di mesin halus
1 biji kelapa parut,di sangai hingga perang dan di mesin kering(kerisik)
2 kilo santan pekat
Daun Kunyit di siat siat
Cara:-
Daging di cuci bersih dan masuk kan dalam kuali bersama bahan yang tekah di mesin halus tadi.
Bila mendidih ,kecil kan api biar kan mereneh perlahan. Masak daging tak boleh dengan api yang kuat kerana daging akan menjadi liat.
Bila air daging telah kering dan empok baru masuk kan santan. Tambah sedikit air panas jika perlu.
Biar kan masak perlahan lahan. Masuk kan daun kunyit.
Kacau agar tidak melekat di kuali.
bila agak kering masuk kan kerisik.
Rasa lah garam nya.
Terpulang la kalau anda hendak kan yang kering atau basah sedikit.
Hidang kan bersama nasi panas,ketupat atau roti.
masak Lemak cili padi Ikan tongkol dengan daun rassam
Ini lah lauk kegemaran aku. Tapi tak berapa di sukai oleh suami dan anak anak. Alasan nya ikan tongkol keras...Pada ku Ikan tongkol lah yang paling sedap,kalau nak cari tongkol yang lembut cari yang punya sirip yang panjang. Yang itu cina pasar panggil Tuna. memang lembut dan sedap.
Bahan2 nya:
2 ekor ikan tongkol /Tuna
1 ikat daun rassam atau daun roselle
25 biji cili padi
kunyit hidup
$2.00 Santan pekat
1 batang serai -di titik
5 biji bawang merah
cara2:
Bersih kan ikan
cili api,bawang merah dan kunyit di tumbuk halus
Panas kan periuk,masuk kan bahan tumbuk ,serai dan santan pekat.
Tambah kan sedikit air. Kacau biar rata.
Masuk kan ikan, Bila mendidih kecil kan api. kacau agar tidak pecah lemak.
Masuk kan daun rassam. Rasa lah garam nya.
Bila naik minyak padam kan api.
Hidang bersama nasi panas.