Saturday, August 30, 2008

RENDANG DAGING MINANG


Sabtu tadi aku ke Rawang kerana Mak Usu membuat kenduri tahlil dan cukur jambul cucu nya.
Antara menu nya ialah rendang daging yang telah menjadi hidangan wajib bagi keluarga sebelah Mak ku. Tapi aku rasa rendang daging lah yang paling sedap diantara adik beradik nya.

Bahan2 nya:-
2 kilo daging pejal- potong kiub
500 gm bawang kecil*
1 labu bawang puteh*
4 inci halia*
8 inci lengkuas*
2.00 cili kering-di rendam dengan air panas*
1.00 cili api*
1.00 cili merah*
15 batang serai*
*di mesin halus
1 biji kelapa parut,di sangai hingga perang dan di mesin kering(kerisik)
2 kilo santan pekat
Daun Kunyit di siat siat

Cara:-
Daging di cuci bersih dan masuk kan dalam kuali bersama bahan yang tekah di mesin halus tadi.
Bila mendidih ,kecil kan api biar kan mereneh perlahan. Masak daging tak boleh dengan api yang kuat kerana daging akan menjadi liat.
Bila air daging telah kering dan empok baru masuk kan santan. Tambah sedikit air panas jika perlu.
Biar kan masak perlahan lahan. Masuk kan daun kunyit.
Kacau agar tidak melekat di kuali.
bila agak kering masuk kan kerisik.
Rasa lah garam nya.
Terpulang la kalau anda hendak kan yang kering atau basah sedikit.
Hidang kan bersama nasi panas,ketupat atau roti.

1 comments:

Anonymous said...

Cili tu 100 biji ke atau 1 biji??

Labels