Thursday, September 25, 2008

Murtabak yang saya buat ni amat ringkas dan senang. Tapi hasil nya sangat memuas kan. Teruja dengan Nita ,saya pun mencuba membuat semalam. Malang nya kamera saya kehabisan bateri. Jadi saya masuk kan resepi nya nya saje.
Bahan-bahan ( 6 keping )

* 100 g daging cincang
* 2 biji ubi kentang
* 1 sudu setengah rempah kari
* 1/2 biji bawang besar
* 1 ulas bawang putih
* daun sup
* minyak
* 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
* kulit popia
* 2 biji telur

Cara-cara

1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3.

apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4.

pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6.

goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wednesday, September 24, 2008

Ayam Goreng berempah Cik Rosnah Mat Aris (Gambar tak terang laa)

Petang tadi akak menonton di TV1 ada cerita Impian Laili. Sedap citer tu. Pandai budak kecik ni berlakon.
Lepas tu ada rancangan masak masak Sheila Rusly,Ketuk ketuk Ramadan. Artis Rosnah Mat Aris sebagai tetamu. Mereka masak di Ikea, style gitu..
Dia masak Ayam Goreng Berempah. Sedap nampak nya so petang tu saya pun cuba la..

1 seekor ayam (di potong kecil-akak guna kan kepak ayam)
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sebesar ibu jari halia
Daun bawang dan daun sup(payah nak sukat nanti wlily marah! tapi akak beli $1.00)
2 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 biji putih telor
sedikit tepung kfc (agak2 je la-akak pakai tepung beras jer sb tak da stok)
sedikit serbuk kunyit
cili serbuk(akak guna kan cili kisar sendiri)
garam dan ajinomoto
Daun kari

Cara:
Bersih kan ayam dan di tos kan.
kisar 7 bahan di atas dan di gaul kan bersama ayam.
masuk kan juga serbuk kunyit dan serbuk cili. Kemudian masuk kan putih telor.Gaul semua.
kemudian masuk kan tepung kfc tu. Biar pekat sikit. Perap 1/2 jam
Panas kan minyak dan goreng ayam dalam periuk. Deep frying beb!
Serdak ayam tu pun sedap di makan!!

====================================================================

Tuesday, September 23, 2008


Gulai Rebung



Sambal Belacan Bacang

Ikan Kembung Masam Manis

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Monday, September 22, 2008


Kentang Oregano bergajus Badak Berendam

Tumis Bayam


Karipap

Sunday, September 21, 2008

Ikan bakar portugese. Best giler !! tak rugi mencuba nya.
Antara bahan bahan yang saya guna kan ialah

Ikan pari (Tetuka )
bawang merah-7 biji (akak pakai bawang besar 3 biji)
Bawang putih - 3 ulas
sedikit halia
lengkuas -sebesar ibu jari
buah keras - 10 biji
cili kering - 20 biji
cili api - 7 biji
cili merah-2 biji
serai-2 batang semua bahan di mesin hg halus
garam dan gula.
daun limau purut(di hiris)
aluminium foil atau daun pisang
*1/2 cawan minyak
*6 ulas bawang putih
bawang putih jangan buang kulit,di tumbuk kasar dan di goreng dalam minyak yang panas hingga garing. Guna kan minyak nya saja.
Bentang kan daun pisang atau aluminium foil. Letak kan ikan dan letak kan bahan yang di mesin tadi . Siram kan kan dengan minyak bawang putih dan ahir sekali tabur kan daun limau purut. Tutup kan daun pisang atau kertas aluminium tadi ketat ketat dan bakar dalam oven atau kuali hingga masak.

Kailan udang bersos tiram.

2 ikat kailan-di celur dalam air panas
udang
3 ulas bawang putih - di cincang
sedikit lada putih
sos tiram secukup nya
sedikit air
cili merah 1 batang
minyak untuk menumis
cara-
Susun kailan dalam pinggan.
tumis kan bawang putih hingga garing.
masuk kan udang dan cili.
masuk kan lada putih dan sos tiram.
Tambah kan air.
Masuk kan garam dan gula.
Tuang kuah sos dam pinggan kailan tadi.

Gulai Daging
1 kg daging lembu- di hiris nipis
26 biji cili api
3 batang cili merag
2 sudu cili kering di kisar
6 ulas bawang merah
sebesar ibu jari kunyit hidup
4 biji kentang.
2 keping asam keping
3 ringgit santan pekat
2 batang serai
2 helai daun kunyit di siat siat

masuk kan semua bahan di tas kecuali santan dalam kuali atau periuk.
Biar kan masak bersama air daging tu.
Masuk kan kentang dan santan pekat.
bila hampir masak dan kentang empuk masuk kan garam .
Tutup api dan hidang.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, September 19, 2008


Vadey

RM 2.00 kacang dhal (rendam semalaman atau 4 jam)
2 biji bawang besar di hiris
5 biji cili api(akak pakai cili hijau jer 2 biji)
Daun kari di hiris.
garam dan sedikit perasa aji nomoto
*
kacang dhal di cuci bersih dan di kisar dalam food processor,jangan halus sangat(jgn taruk air)
Kemudian campur kan semua bahan dan bulat2 kan kemudian di tekan agar leper sikit.
Panas kan minyak dan goreng dalam api yang sederhana hingga masak.

Wednesday, September 17, 2008

kuih siput pic taken from mamafahmi fotopages
Kuih Siput

600 gm tepung gandum
2 sudu kecil garam
160 gm marjerin
20 gm lemak sayuran
1 biji telur
200-220 ml air
Minyak masak

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung bersama garam.
2. Gaulkan marjerin dan lemak sayuran dengan tepung.
3. Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit air.
4. Uli menjadi doh yang lembut.
5. Ambil sedikit, tekan di atas acuan hingga nipis.
6. Kemudian gulung seperti menjadi bentuk siput.
7. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
8. Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap

REMPEYEK

650 ml santan kelapa (dari 1 1/2 kelapa)
170 g tepung beras
1 camt garam
3 camb jintan putih } digoreng kering & ditumbuk halus
3 camb ketumbar }
minyak utk menggoreng terendam
300 g kacang tanah, dibersihkan & disejat

Cara membuatnya:
Satukan 5 bahan pertama hingga adunan tidak bergentel. Celupkan acuan rempeyek di dalam minyak panas. Angkat acuan dari minyak panas tadi. Taburkan sedikit kacang tanah di dalam bancuhan, gunakan senduk kecil utk menuangkan bancuhan ke dalam acuan. Celupkan kembali acuan ke dalam minyak dan goyangkan sedikit supaya kuih tertanggal. Terbalikkan dan biar kuih masak. Api jangan terlalu kuat kerana kacangnya nanti sukar untuk rangup. Bila keemasan, angkat dan sejatkan minyaknya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tips: Jika tiada acuan, gunakan kuali leper dan kuali biasa. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper. Ambil bancuhan berkacang, tuangkan ke dalam kuali leper. Goreng atas api perlahan. Bila separuh masak, angkat dan terbalikkan ke dalam kuali biasa (yg dipenuhi minyak). Goreng hingga

Juadah berbuka hari ke 16

kacang panjang goreng
sambal belacan lalalalala

Lala masak sos..lalalalallla
Ayam bali lagi....

Monday, September 15, 2008

Tag dari Nita -Almari resepi


Ni nak kena jawap soalan cepu emas ni..

Nama timangan:-
Suami panggil Zah, Abah dan mak panggil Izah, adik beradik dok panggil Kak izah,anak sedara panggil Makngah,kengkawan panggil Izah Aziz. Mak dan Pak mentua panggil zizah.

Insan teristimewa:-
Hai sapa lagi kalau tak suami den tu, Abang Aziz kita la, mak abah,adik berad
ik dan anak anak termasuk lah anak anak sedara yang ramai tu.

Makanan kegemaran:-
Entah la .semua nya pantang nampak...tapi bab masam ni macam mangga muda ni kurang laa.

Warna Kegemaran:-
Sebenar nya semua akak suka,sebab warna ni melambang kan perasaan kita tapi kalau bab warna baju ni tak de lain laaa. Semua nya main yang gelap jer..size dah ter XXXX

Lagu kegemaran:-

Apa Saja-KRU ,woman in love-Barbara Streisand dan banyak lagi.

Apa Yang membuat anda stress:-

Macam macam, perangai anak anak remaja, kalau abang akak dah bukak radio buruk dia(mengomel la) satu lagi kalau duit tak da kat tangan,,alamak mak...stress tu..lepas tu dapat migrane....

Apa ada dalam wallet:-

apa lagi kalau bukan duit, i/c, kad bank ,kad diskaun pi cuti cuti, gambar Arwah Hakim, resit resit econsave dan giant yang tak sempat nak buang tu.

Kali terakhir menangis beria ia:

Bila anak meninggal dunia,itu pun masa nak tidur,tak nak orang lain tau..

Tag rakan anda:-

Waterlily
Madam Tai Tai
Ms Hart
Wanshana
.

Sunday, September 14, 2008

macam macam



sambal kicap,buat pencicah ikan cencaru.


Tau fu fah,wei dah mahal laa,dulu seringgit satu bekas,
sekarang dah naik $1.70 sen..


Goreng kacang panjang. Sama pulak kaler dia ngan tikar ni...


Ni budak tak posa,woiii! belum azan laa!!

Talam Suji


Pertama kali makan talam ni masa pembacaan yassin di rumah rakan kumpulan akak. Ingat kan talam ubi tapi kawan akak cakap ini talam suji. Sedap rasa nya. So satu hari akak order la kueh ni . Untuk seratus keping harga nya 38 ringgit,wow mahal nye..
Tapi bila buat sendiri tak la mahal mana pun. Boleh dapat satu talam 28 cm lagi. Boleh bertukar juadah sampai 4 buah rumah jiran.

Bahan bahan nya-

Lapisan bawah
1 tin tepung suji
3 tin santan cair
1/2 tin gula pasir
sedikit pewarna kuning
semua bahan di atas di masak atas api hingga keluar wap.
Kemudian di alih kan ke loyang bulat dan di kukus selama 20 minit.

Lapisan atas
1 tin tepung beras
3 tin santan pekat
1/2 tin gula merah di masak dengan
1/4 tin air. Bila masak tapis.
Gaul bersama dan masak atas api hingga naik wap dan masuk kan ke dalam kukusan tadi.
Lap tudung kukus dan kecil kan api. Masak 1/2 jam lagi. Sesekali lap tutup kukus supaya air tak masuk ke kueh tu.
Biar kan betul2 sejuk supaya cantik potongan nya.
Akak punya ni tak sempat sejuk pun.

Saturday, September 13, 2008

AYAM MASAK BALI - ms hart resepi


You blend:
10-12 biji bwg merah
6-8 biji bwg putih
1-1.5 inch halia

2 senduk sederhana cili boh (as in cili kering yg you blend tu) - kalau nak pedas, tambah lah ya?
2 senduk sederhana cuka (if u can't take cuka, then air asam limau/ asam jawa will do)
kicap lemak manis - ikut suka - nak lauk tu gelap ke tak
sikit garam and gula

you marinate at least half an hour.



Bahan tumis:

minyak masak
1 btg serai - ketuk
1-1.5 inch langkuas - ketuk
daun kari
cili merah & hijau - belah aje

1)Tumis bahan2 tu. Sampai harum, you take out the cili - nanti dah nak masak, masukkan semula. ni utk cantik je ni

2)Then you masukkan aje ayam tadi tu and kacau sampai ketiak you sakit...eh eh...salah, salah...sampai ayam tu cukup masak lah!!! and sampai gravy dia tu cantik je pekat dia, ok? Sambil2 masak tu, rasa2 lah garam gula - cukup ke tak. Then masukkan sliced tomato utk tambah keceriaan lauk you tu!! he he

++++++++++++++

Thursday, September 11, 2008

Sambal Ketuk/Sambal Gesek



Ini faberet kami sekeluarga selain sambal belacan.
Pembuka selera waktu makan.

cili merah
cili api (akak pakai cili siam -kurang pedas)
ikan bilis
garam sikit
bawang besar
Perahan limau nipis atau kasturi.
Tumbuk semua bahan kecuali air limau. Jangan halus sangat.
Perah asam limau secukup nya.
boleh di makan bersama ikan goreng, timun dan nasi panas. Berpeluh peluh la badan.

Kerenah anak anak.

masa berbuka tinggal 18 minit lagi,semua dah terhidang. Nasi je belum angkat. Bila nak senduk jer nasi, terperanjat nya akak tengok ,masih beras lagi. Si Mira ni lupa tekat suis. Apa lagi mula la naik angin akak ni. Tadi dah banyak kali cakap,tengok nasi tu,apasal tak da bau nasi bila mendidih ni..Dia cakap dan tekan dah, mak ni asyik bising laa. Sekarang apa cerita??
Akak terus angkat nasi terus ke dapur dan masak dengan api besar. Nasib baik sempat masak. Bukan nya apa, abah dia nanti akan berleter sampai seminggu pasal silly mistake ni. Telinga akak lni la yang naik bernanah dengar marah abah dia. Last last kita pulak yang salah. Dah tua ni akak malas nak bising bising . Tapi kekadang budak2 ni macam tak faham2. Bila di suruh buat sesuatu,dia akan cakap nanti kejap. Ulang balik kata nya nanti orang buat laa..lama lama semua tak jadi. Bila dengar akak bising pandai pulak nak merajuk. Mula la dengar diaorang tunjuk perasaan. Tak kan nak pukul,nanti malu ,tapi akak tak kira jugak,kalau dah over limit,kena gak talipinggang atau hanger..mana yang sempat. Tak kuasa nak pujuk. Kecik ke besar semua sama. Yang degil tu la yang paling teruk kena satu lagi yang suka sangat nak menjawap. Jangan ingat mak dah tua ni mak dah tak larat nak kejor kamu...jangan challenge mak ni tau. Mak tak kisah kalau kamu nak borak atau nak nak ceriter pasal kawan kamu tapi jangan over limit. Hidup kena ada peraturan. Kamu ada lah cermin mak abah di luar tu. Kalau perangai buruk,orang akan cakap anak siapa tu? Anak Ezza dan Aziz tu..so jaga perangai,hormat orang tua dan jangan lupa agama.

Wednesday, September 10, 2008

Mee goreng mami

Maaf la Mee ni tak sempat nak di makeup. Nak makan waktu
sahur tadi. Air minuman nya seperti di bawah ni,Teh Tarik satu pitcher.

Mee goreng mami! Pelik kan tapi sebenar nya Mee goreng mamak.tapi di sebab kan mamak tidor,kita yang menggoreng nya,so akak panggil mee goreng mami laa. Resepi ni akak ambil dari blog Jabishah. Sedap sungguh resepi Ja ni ,tapi akak tak pakai daging. Akak pakai udang sebab tu je yang ada kat peti ais . So sapa sapa nak cuba mee goreng ni sila kan. Akak bagi 9 bintang kat Jabishah,yang 1 bintang tu untuk akak la (akak yang masak)heheh.

Bahan

1 bungkus mee kuning - bilas ngan air panas
2 biji tomato - potong baji kecil kecil
1 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
cili kisar ikut rasa sendiri la
daging di rebus (akak pakai udang)
1 pokok sawi
sedikit kobis ( akak tambah sendiri)
telor ayam-dua biji
sos tiram
kicap
minyak untuk menumis
garam.

Cara:
Panas kan minyak dalam kuali.
Masuk kan tomato. Goreng sampai lembut.
Masuk kan daging/udang.
Masuk kan bawang bawang dan cili kisar tadi. Biar naik bau.Bila sudah sebati,masuk kan sos tiram ,sayuran dan mee.
Masuk kan juga kicap manis tadi. Juga rasa lah garam nya.Gaul biar rata kicap nya.
Pecah kan telur dalam mee dan gaul agar rata masak nya.
Dah siap!

Terima kasih Jabishah kerana sudi kongsi resepi ni.

,

Tuesday, September 9, 2008

Kek Coklat Pisang/Banana chocolate cake

Bahan bahan nya:

150gm tepung gandum
5 gm serbuk penaik
15 gm serbuk koko
30 gm serbuk badam
100 gm gula kastor
70 gm minyak jagung
4 kuning telur
120 ml susu uht
100 pisang lecek
4 putih telur
80 gm gula castor
1/4 krim of tartar

Ganache(aising)

250 g krim putar
250 gm coklat masakan-di hiris
1 camt sirap kencana/golden syrup
20 gm mentega

Isian Kek:
200 gm pisangranum,di pitong bulat
200 gm krim putar
20 gm serbuk koko


Cara membuat nya;

Satu kan 5 bahan pertama. Gaul.
campur kan dengan 4 bahan setrus nya, Kacau.
Dlm mangkuk brsih,pukul putih telur 1 min.
Masuk kan gula dan krim tartar,pukul lagi.
Kaup balik kan putih telur ke dalam campuran tepung. Gaul.
Rata kan dalan tin bulat 9 inci (lenser & alas )
Baka pada 180 c selama 35-40 minit.
Bila sejok bahagi kan 3 lapisan.
Pukul kan krim dan serbuk koko hingga kental.
gaul dengan pisang.
sapu kan 1/2 atas sekeping kek,tangkup kan sekeping lagi dan habis kan aising pisang.

untuk ganache;
dalam double boiler satu kan semua bahan,kacau perlahan.
Salut kan pada seluruh kek dengan kemas.
Biar kan dalam peti sejuk sebelum di hidang. Selamat mencuba.
resepi dari chef Norazlina Alaf 21


.

Monday, September 8, 2008

Ondeh Ondeh buah Melaka


ini kerja senang mak.


bulat kan saja,lepas tu masuk kan gula nipah.


dah jadi pun.


tengok tu.yaya pun tahu buat


Taraa!!! dah siap pun.

tapi bila makan gula nya hilang...tak meletup pun . Telan je la tepung jer...

Sunday, September 7, 2008

Nasi Ayam -bah 2


Masuk kan sup yang telah di sukat.


Ayam yang telah di perap



Ayam yang telah di goreng.


Nasi Ayam yang telah masak

Nasi Ayam


Hari ni anak anak nak makan nasi ayam. Ok la,dah lama tak buat.
Anak pun kata mereka akan menolong kat dapur.

Bahan bahan nya::
1 ekor ayam potong 4 (akak beli yang dah siap potong,bahagian tight saja)
Halia,sebesar ibu jari
2 bungkus sop bunjut,
rempah menumis 4 sekawan.
Semua ni direbus dalam periuk. Air separas ayam atau lebih sedikit.


Sos :
20 tangkai cili kering
3 biji cili merah
7 ulas bawang putih
3 sb gula
4 sb sos tomato kimball
asam jawa ,setengah bungkus pek kecil.
sedikit air untuk mengisar
Kiras semua bahan di atas keuali asam jawa.
Didih kan dalam periuk dan tambah air asam jawa.
Masak hingga pekat sedikit dan di tapis.


Nasi:
2 pot beras-sukat air nya supaya senang menyukat air sup.
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
Daun pandan
1 sb butter
1sb minyak masak
1 batang kayu manis
bunga lawang

Tumis kan bawang besar dan putih dan halia.Masuk kan daun pandan
bila layu masuk kan beras dan gaul rata.
Masuk air sup yang telah di sukat tadi.rasa lah garam nya.
Alih kan periuk ke rice cooker.
Biar kan masak.

Sup:
tambah air kalau sup kurang . Masuk kan kiub ayam 2 ketul.
hiris bawang besar dan masuk kan ke dalam sup . Rasa la garam nya,
Bila sup telah masak,tabur kan daun bawang dan daun sup.

Kuah kicap:
Ambil sedikit sup tadi dan masuk kan kicap manis.

Bahan perap ayam:
Sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap manis.
Masuk kan semua ke dalam besen dan gaul biar sebati.
Masuk kan ayam.
Biar sebentar dan goreng dengan api perlahan.











Ayam di rebus


Angkat ayam dari sup. Sejuk kan


Kisar semua bahan sos.
Masak atas dapor hingga pekat
Tumisan untuk nasi.

Saturday, September 6, 2008

Tauhu sumbat berinti ayam


Masak ni senang jer, cuma tauhu akak beli lembik sangat,kalau boleh cari yang keras sikit. Dia ada sos nya tapi akak malas nak buat . Makan dengan sos cili jer atau makan cam tu jer...

Bahan bahan
Tauhu putih -di potong dua dan di keruk isi nya.

Inti nya
Ayam kisar (akak pakai ayam kisar Ramlee burger )
daun bawang - di hiris halus
serbuk lada putih
carrot di dadu halus ( akak tak taruk sebab tak da)
isi tahu yang di keruk tadi
garam to taste
telor ayam di pukul sedikit -

Cara:
Ambil semua bahan bahan inti di atas gaul hingga mesra.
Sumbat kan kedalam tahu tadi. Buat pelan pelan tau,nanti pecah.
Bila dah siap,salut dengan telor dan goreng dengan api perlahan. Guna kan deep fry supaya masak rata.Bila elok masak,angkat dan boleh di hidang dengan sos cili atau buatan sendiri.

Sos cili ringkas
Cili merah
bawang putih
gula
sos cili
sedikit air
Masak kan semua bahan dalam blender dan kisar halus.
Masak sebentar atas api hingga mendidih.
Tapis

Kembung masam manis


Tak tau apa nak masak dengan kembung ni,so akak buat je la Ikan Kembung Masam manis ni.
Teruja dengan gambar dari blog Almari Resepi, berikut ada lah resepi nya:-
Bahan2:

4 ekor ikan kembung (goreng garing)
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sudu sos tiram
1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu plum sauce
Sayur2 campur : carrot,cauliflower,tomato,pea,babycorn,nenas (akak taruk nenas jer,yang lain out of stock)
Gula & garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2:
Blend bwg merah, putih & halia. Tumis. Masukkan segala jenis sos tu. Masak sebati. Masukkan sayur & masak lagi sehingga sayur agak lembut.Tuang kuah atas ikan.

Thursday, September 4, 2008

Sahur- hari ke 5

Makan apa yang ada jer, lauk petang semalam ada lagi,kari kepala ikan akak panas kan,ikan goreng pun akak panas kan cuma tambah telur dadar sajer . Buat teh o dan nesafe untuk abang. Akak pun malas nak makan cuma minum teh dan makan kurma sebiji. Cuaca punye la sejuk,cuma salji je tak turun. Hari ni ada sorang tu paling liat bangun...naik berbuih mulut panggil suruh bangun. Siapa lagi kalau tak abang akak tu. Ingat esuk nak pedajal kan dia laa...hihihi

Kari Kepala Ikan
kepala ikan dari seekor ikan Jenahak
1 biji bawang besar di hiris
sedikit halba campur
Daun kari

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm halia
semua di kisar

2 biji buah tomato di potong dadu

5 sudu besar serbuk kari ikan Babas
air asam jawa
1 ringgit santan pekat/yourgut
Cara:-

Tumis kan bawang besar. Bila layu masuk kan halba campur dan daun kari.
Masuk kan tomato yang di dadu..biar layu.
Masuk kan serbuk kari ikan yang telah di campur dengan bahan bahan yang di kisar.
Masak biar garing dan naik minyak.
Masuk kan air asam jawa. Biar sebentar.
Masuk kan kepala ikan,Kacau biar rata dan dan masuk kan santan/yourgut.
Tutup kuali sebentar.
Rasa lah garam nya dan bila naik minyak tutup api.
Ready to serve

Wednesday, September 3, 2008

Sahur-Hari ke 4

Mai oiiiii,terlambat bangun laaa.
Nasib baik abang akak kejut kan..Zah.dah pukul lima ni..
Nasi ada sikit balance malam tadi..nasib baik semalam ada beli roti prata Karts..goreng je la,buat air teh o dan makan . Jangan nak komplen . Akak makan nasi sebab malam tadi dok minum air soya sampai tak lalu makan. Yang lain pandang je laa....

Sahur- hari ke 3


Sotong Goreng Kunyit



Teh Tarik



Ikan Goreng


Telur Dadar.
Pagi pagi buta akak mengambil gambar ni.

Tuesday, September 2, 2008

Sambal Tumis Sotong


Masak ni sonang jer...tutup mato dah siap.

1 kg sotong putih
cili kering di kisar bersama bawang besar(anggaran 30 biji cili kering +2 biji bawang yang besar)
sedikit belacan
air asam jawa secukup nya
garam
gula.
minyak untuk menumis.
Bawang besar potong bulat untuk hiasan.
Cara2;
Sotong di bersih kan dan potong bulat.
Panas kan kuali dan masuk kan cili kisar.
kacau biar rata dan masuk belacan .
Cili ni hendak lah selalu di kacau dan kecil kan api.
(kalau tak dia akan menembak tangan kita pulak).
Bila cili sudah garing(kelihatan agak gelap sikit) baru la masuk kan garam dan gula.
Masuk kan air asam secukup nya.
Masuk kan sotong dan kacau rata.
Bila sotong sudah masak,tutup api dan boleh la di hidang kan.
(Jangan masak sotong lama2 nanti jadi macam getah pulak)

Fruity Cake

resepi ni di ambil dari siri masakan chef wan sedikit masa dulu.

1 cawan apricot
1 cawan kurma
1 cawan buah zaitun/fig
1 cawan kismis kuning
11/2 cawan air
* di rebus hingga tinggal secawan air

1/2 cawan lemak sayuran(shortening)
3/4 cawan gula halus
1 biji telur
2 cawan tepung serba guna
11/4 sudu kecil soda bicabornate
1/4 garam
1 biji parutan kulit lemon

Cara:
Lemak sayuran dan gula di pukul sedikit dan masuk kan telor. gaul rata dan masauk kan semua bahan kering dan adunan buah buahan di rebus tadi. Gaul biar rata . Masuk kan kedalm acuan roti dan bakar dengan kepanasan 180c selama 40 minit.

Monday, September 1, 2008

Daging Goreng Kunyit

Ini ada satu lagi sajian yang ringkas yang selalu nya saya masak untuk sahur ,sebab ianya 3 dalam 1. Gerenti licin pinggan anak anak kita.

Bahan2;
300 gm daging lembu-batang pinang
serbuk kunyit
garam
10 tangkai kacang panjang-di potong suka hati
2 biji merah-dihiris serong
1 biji cili hijau-dihiris serong
2 biji bawang besar.Potong bulat
sedikit minyak masak untuk menumis.

Cara2:
Daging lembu di hiris nipis nipis dan cuci bersih.
Gaul dengan serbuk kunyit dan garam.
Panas kan minyak dalam kuali dan goreng daging . Kacau rata2.
Tutup kuali dan kecil kan api. Sesekali kacau daging itu agar tidak hangus dan masak serata.
Masak daging hingga garing .
Kemudian masuk kacang panjang,bawang besar dan cili. Gaul rata.
Bila sudah masak angkat dan boleh di hidang dengan nasi panas.

p/s. tak sempat ambil gambar,dah lesap...

Kari Daging


1 kg daging lembu di potong dadu
5 ulas bawang kecil - di hiris
3 ulas bawang putih -di hiris
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji ubi kentang di buang kulit dan di potong baji.(saya guna kan us russet-cepat empuk)

2 peket rempah kari daging-I pakai Baba's
1sb rempah korma
sedikit cili serbuk
3 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
4"halia*
*di kisar halus
Daun kari
2 keping asam keping
$1.00 santan pekat(boleh pakai tairu)
minyak untuk menumis.

Cara:
Daging di basuh bersih dan di tos kan.
Campur kan rempah kari daging , serbuk korma ,serbuk cili dan bahan bahan yang di kisar dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Panas kan periuk dan masuk kan minyak masak.
Tumis bahan yang di hiris tadi dan masuk kan rempah tumis .
Bila dah wangi, masuk kan campuran rempah tadi bersama daging.
Kacau biar rata. Kecil kan api dan tutup periuk. biar kan 10 minit.
Angkat tutup periuk dan kacau semula,Masuk kan ubi kentang pula.
Masuk kan santan dan asam keping. Biar la mendidih .
Bila daging dan kentang lembut,rasa garam nya dan.
Bila naik minyak nya tutup api.
Boleh la di hidang.

Labels