Wednesday, September 10, 2008

Mee goreng mami

Maaf la Mee ni tak sempat nak di makeup. Nak makan waktu
sahur tadi. Air minuman nya seperti di bawah ni,Teh Tarik satu pitcher.

Mee goreng mami! Pelik kan tapi sebenar nya Mee goreng mamak.tapi di sebab kan mamak tidor,kita yang menggoreng nya,so akak panggil mee goreng mami laa. Resepi ni akak ambil dari blog Jabishah. Sedap sungguh resepi Ja ni ,tapi akak tak pakai daging. Akak pakai udang sebab tu je yang ada kat peti ais . So sapa sapa nak cuba mee goreng ni sila kan. Akak bagi 9 bintang kat Jabishah,yang 1 bintang tu untuk akak la (akak yang masak)heheh.

Bahan

1 bungkus mee kuning - bilas ngan air panas
2 biji tomato - potong baji kecil kecil
1 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
cili kisar ikut rasa sendiri la
daging di rebus (akak pakai udang)
1 pokok sawi
sedikit kobis ( akak tambah sendiri)
telor ayam-dua biji
sos tiram
kicap
minyak untuk menumis
garam.

Cara:
Panas kan minyak dalam kuali.
Masuk kan tomato. Goreng sampai lembut.
Masuk kan daging/udang.
Masuk kan bawang bawang dan cili kisar tadi. Biar naik bau.Bila sudah sebati,masuk kan sos tiram ,sayuran dan mee.
Masuk kan juga kicap manis tadi. Juga rasa lah garam nya.Gaul biar rata kicap nya.
Pecah kan telur dalam mee dan gaul agar rata masak nya.
Dah siap!

Terima kasih Jabishah kerana sudi kongsi resepi ni.

,

1 comments:

Waterlily said...

Alamak..bila tengok gambar tu terasa lah lapar nya pulak! Terasa sampai kat hujung lidah!

Saya kena pegi kedai beli mee kuning hari ni jugak la...!

p/s Kak Izzah, kekadang tak payah make-up pun, tapi dari gambar dah tangkap kecur!! mmm..

Labels