Saturday, September 6, 2008

Tauhu sumbat berinti ayam


Masak ni senang jer, cuma tauhu akak beli lembik sangat,kalau boleh cari yang keras sikit. Dia ada sos nya tapi akak malas nak buat . Makan dengan sos cili jer atau makan cam tu jer...

Bahan bahan
Tauhu putih -di potong dua dan di keruk isi nya.

Inti nya
Ayam kisar (akak pakai ayam kisar Ramlee burger )
daun bawang - di hiris halus
serbuk lada putih
carrot di dadu halus ( akak tak taruk sebab tak da)
isi tahu yang di keruk tadi
garam to taste
telor ayam di pukul sedikit -

Cara:
Ambil semua bahan bahan inti di atas gaul hingga mesra.
Sumbat kan kedalam tahu tadi. Buat pelan pelan tau,nanti pecah.
Bila dah siap,salut dengan telor dan goreng dengan api perlahan. Guna kan deep fry supaya masak rata.Bila elok masak,angkat dan boleh di hidang dengan sos cili atau buatan sendiri.

Sos cili ringkas
Cili merah
bawang putih
gula
sos cili
sedikit air
Masak kan semua bahan dalam blender dan kisar halus.
Masak sebentar atas api hingga mendidih.
Tapis

1 comments:

Madam Tai Tai said...

Ezza, yummy! Boleh cuba yg ni..nampak senang aje nak buat nya.

Thanks beri idea memasak untuk berbuka!

Labels