Wednesday, September 17, 2008

kuih siput pic taken from mamafahmi fotopages
Kuih Siput

600 gm tepung gandum
2 sudu kecil garam
160 gm marjerin
20 gm lemak sayuran
1 biji telur
200-220 ml air
Minyak masak

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung bersama garam.
2. Gaulkan marjerin dan lemak sayuran dengan tepung.
3. Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit air.
4. Uli menjadi doh yang lembut.
5. Ambil sedikit, tekan di atas acuan hingga nipis.
6. Kemudian gulung seperti menjadi bentuk siput.
7. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
8. Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap

REMPEYEK

650 ml santan kelapa (dari 1 1/2 kelapa)
170 g tepung beras
1 camt garam
3 camb jintan putih } digoreng kering & ditumbuk halus
3 camb ketumbar }
minyak utk menggoreng terendam
300 g kacang tanah, dibersihkan & disejat

Cara membuatnya:
Satukan 5 bahan pertama hingga adunan tidak bergentel. Celupkan acuan rempeyek di dalam minyak panas. Angkat acuan dari minyak panas tadi. Taburkan sedikit kacang tanah di dalam bancuhan, gunakan senduk kecil utk menuangkan bancuhan ke dalam acuan. Celupkan kembali acuan ke dalam minyak dan goyangkan sedikit supaya kuih tertanggal. Terbalikkan dan biar kuih masak. Api jangan terlalu kuat kerana kacangnya nanti sukar untuk rangup. Bila keemasan, angkat dan sejatkan minyaknya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tips: Jika tiada acuan, gunakan kuali leper dan kuali biasa. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper. Ambil bancuhan berkacang, tuangkan ke dalam kuali leper. Goreng atas api perlahan. Bila separuh masak, angkat dan terbalikkan ke dalam kuali biasa (yg dipenuhi minyak). Goreng hingga

4 comments:

Madam Tai Tai Again said...

Aaah..kuih siput!! Biskut traditional raya yg sedap dimakan hanya apabila raya dah habis. Betul tak?

Ezza Aziz said...

betul,tempat yang paling mustajab makan kueh ni kat depan TV dan air nya air coke!!!

Anonymous said...

Thank you thank you thank you - insyaallah akan cuba buat rempeyak (kat kampung kita panggil tempeyek). Jintan putih yang kasar-kasar macam padi tu kan? (He he, malunya, dah jadi mak budak pun tak kenal jintan putih).

Ezza Aziz said...

a'aah. dah banyak buat kuih ke

Labels